Monday, 8 October 2012
Screening For Graduation Pre University of SMK Wakaf Bharu 2011
Kenagan di Zaman Persekolahan di PRA U SMK Wakaf Bharu....
Tuesday, 2 October 2012
My Description
Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya adalah Muhamad Amirul
Firdaus Bin Azmi. Nama panggilan saya ialah Amirul. Ibu dan ayah saya
memberi saya nama ini. Saya dari Kelantan dan menetap di Kampung Morak.
Saya dilahirkan pada 17 Ogos 1992. Saya sangat bersyukur dilahirkan pada
bulan Ogos kerana pada bulan tersebut Negara Malaysia akan menyambut
kemerdekaan. Saya berumur 20 tahun dan masih bujang. Ayah saya telah
meninggal dunia pada tahun 2007 sewaktu saya di tingkatan tiga. Saya
mempunyai dua orang adik beradik dan saya merupakan anak sulung. Kini
saya dan adik hanya bergantung hidup kepada ibu, susah senang kami
bersama. Saya sayang ibu saya. Adik saya kini belajar di SMK Wakaf Bharu
di Tingkatan enam dalam bidang sastera.
Saya mula bersekolah di
Tadika Kampung Morak. Setelah berumur 7 tahun saya bersekolah rendah di
Sekolah Kebangsaan Morak daripada darjah satu sehinggalah darjah enam.
Selepas tamat darjah enam saya meneruskan pelajaran saya di Sekolah
Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu. Saya bersekolah daripada tingkatan satu
sehinggalah tingkatan enam. Setelah menamatkan pengajian tingkatan enam
di SMK Wakaf Bharu, Alhamdulillah saya terpilih untuk melanjutkan
pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaysia Kelantan dalam
fakulti teknilogi kreatif dan warisan (FTKW).
Saya sangat bersyukur
kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di
Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ini kerana, UMK adalah antara salah
satu Universiti Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Tambahan
lagi, jarak antara Universiti dengan rumah saya tidaklah begitu jauh.
Hal ini, akan memudahkan saya untuk berulang alik menjenguk ibu dan adik
saya di rumah. Secara tidak langsung menjimatkan kos pengangkutan.
Makanan
kesukaan saya ialah nasi ayam. Manakala minuman pula ialah milo ais.
Misi hidup saya ialah ingin menjadi seorang yang berjaya. Saya ingin
buat ibu saya bangga akan saya sebagai anak sulung dalam keluarga. Hobi
saya pada waktu lapang ialah bermain badminton dan membersihkan kawasan
sekitar rumah seperti memotong rumput dan sebagainya. Hobi saya bermain
badminton ini saya lakukan apabila ada masa lapang pada hujung minggu
atau hari-hari biasa. Saya lebih suka bermain badminton kerana,
permainan ini sangat menguji minda seseorang pemain dalam melumpuhkan
pihak lawan, ianya bergantung kepada sesorang itu dalam mengatur
strategi memenangi sesuatu permainan itu.
Secara peribadi saya sangat
suka dengan teknologi seperti kamera, melayari laman web dan sebagainya,
saya selalu berangan terlalu besar untuk mereka cipta barang sendiri
untuk digunakan oleh orang ramai. Barang yang direka itu mestilah akan
memberi manfaat oleh seluruh masyarakat tanpa ada batas umur.
Subscribe to:
Posts (Atom)