Tuesday 2 October 2012

My Description



Assalamualaikum dan salam sejahtera, nama saya adalah Muhamad Amirul Firdaus Bin Azmi. Nama panggilan saya ialah Amirul. Ibu dan ayah saya memberi saya nama ini. Saya dari Kelantan dan menetap di Kampung Morak. Saya dilahirkan pada 17 Ogos 1992. Saya sangat bersyukur dilahirkan pada bulan Ogos kerana pada bulan tersebut Negara Malaysia akan menyambut kemerdekaan. Saya berumur 20 tahun dan masih bujang. Ayah saya telah meninggal dunia pada tahun 2007 sewaktu saya di tingkatan tiga. Saya mempunyai dua orang adik beradik dan saya merupakan anak sulung. Kini saya dan adik hanya bergantung hidup kepada ibu, susah senang kami bersama. Saya sayang ibu saya. Adik saya kini belajar di SMK Wakaf Bharu di Tingkatan enam dalam bidang sastera.

               Saya mula bersekolah di Tadika Kampung Morak. Setelah berumur 7 tahun saya bersekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Morak daripada darjah satu sehinggalah darjah enam. Selepas tamat darjah enam saya meneruskan pelajaran saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Wakaf Bharu. Saya bersekolah daripada tingkatan satu sehinggalah tingkatan enam. Setelah menamatkan pengajian tingkatan enam di SMK Wakaf Bharu, Alhamdulillah saya terpilih untuk melanjutkan pengajian di peringkat ijazah di Universiti Malaysia Kelantan dalam fakulti teknilogi kreatif dan warisan (FTKW).

               Saya sangat bersyukur kerana mendapat tawaran melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Malaysia Kelantan (UMK). Ini kerana, UMK adalah antara salah satu Universiti Institut Pengajian Tinggi Awam di Malaysia. Tambahan lagi, jarak antara Universiti dengan rumah saya tidaklah begitu jauh. Hal ini, akan memudahkan saya untuk berulang alik menjenguk ibu dan adik saya di rumah. Secara tidak langsung menjimatkan kos pengangkutan.

               Makanan kesukaan saya ialah nasi ayam. Manakala minuman pula ialah milo ais. Misi hidup saya ialah ingin menjadi seorang yang berjaya. Saya ingin buat ibu saya bangga akan saya sebagai anak sulung dalam keluarga. Hobi saya pada waktu lapang ialah bermain badminton dan membersihkan kawasan sekitar rumah seperti memotong rumput dan sebagainya. Hobi saya bermain badminton ini saya lakukan apabila ada masa lapang pada hujung minggu atau hari-hari biasa. Saya lebih suka bermain badminton kerana, permainan ini sangat menguji minda seseorang pemain dalam melumpuhkan pihak lawan, ianya bergantung kepada sesorang itu dalam mengatur strategi memenangi sesuatu permainan itu.

               Secara peribadi saya sangat suka dengan teknologi seperti kamera, melayari laman web dan sebagainya, saya selalu berangan terlalu besar untuk mereka cipta barang sendiri untuk digunakan oleh orang ramai. Barang yang direka itu mestilah akan memberi manfaat oleh seluruh masyarakat tanpa ada batas umur.


               Itu sahaja yang dapat saya ceritakan tentang perihal diri saya. Sekian,Terima kasih.